Sunday, 18 November 2012

MUQADDIMAH 4 Muharram 1434

6 Tanggungjawab Bapa kepada anak – Saidina Omar Ibnu Khatab

Dipetik dari program muqadimmah TV9 - 18/11/2012 (4 Muharram 1434)

1.    Menamakan anak dengan nama-nama yang baik

  • Digalakkan untuk memberikan nama nama Nabi
  • Anak akan dipanggil dengan nama mereka diakhirat
  • Panggilan nama juga merupakan sebahagian dari doa

2.    Mengajar anak dengan sopan santun (Ilmu akhlak)

  • Guru membentuk otak, ibubapa membentuk akhlak
  • Anak belajar melalui tontonan, Anak akan meniru perlakuan ibu bapa dirumah
  • Bapa borek anak rintik, bapa kencing berdiri anak kencing berlari
  • Acuan yang bulat tidak akan membuat kuih empat segi

3.    Mengajar anak Al Quran

  • Al~Quran merupakan panduan hidup untuk kebahagiaan dunia & akhirat
  • Penting untuk kefahaman dan rujukan berkaitan masalah kehidupan
  • Ajarkan juga Ilmu Fardhu Ain kepada anak

4.    Anak-anak perlu diajar ilmu tentang menjalani kehidupan

  • Mendidik anak tentang keperluan menuntut ilmu
  • Tuntutlah ilmu hingga keliang lahad
  • Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China
  • Ajar berkenaan keperluan untuk hidup, perkara berkaitan persekitarannya, contoh bertukang atau berenang

5.    Diberikan makan dengan makanan yang halal dan berhasiat

  • Makanan yang halal akan membentuk jasad dan rohani yang baik
  • Makanan berkhasiat akan membentuk fizikal yang sihat dan akal yang seimbang

     

6.    Anak perlu dikahwinkan apabila sampai masanya

  • Ini penting untuk mengelakkan anak melakukan makssiat dan bapa mendapat dosa kering (syubahat)
  • Carikan jodoh yang baik (harus mengikut yang digariskan agama)



                                                                                                                      18 Nov 2012 (4 Muharram 1434)

Thursday, 15 November 2012

Keras tangan @ Tangan keras


Aktiviti keras tangan dan mengeraskan tangan hari ini bersempena cuti sekolah...

Dok pikir apa nak dikrafkan...



Menggunakan kreativiti yang ada dan bahan yang terhad

 

Jadilah pokok hasil dari finger print dan puzzle 

Kipas dari finger print....

Dan origami butterfly...opppssss ada rupa kupu-kupu ker...?
MJ 15/11/2012
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning Glory to Glory morning


Morning Glory aka Pokok Seri Pagi...

 
 


 
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H
 
 
MJ 15/11/2012

Sunday, 4 November 2012

NSG FAMILY DAY @ LOTUS, DESARU

Pukul 7.30 pagi dah sampai ke destinasi....tapi kenapa macam tak ramai orang eaaaaa?



Opsss...salah tempat pulak!            Ok dah jumpa tempat....!

 
 
Dapat breakfast free pulak...apalagi layannnn, tak kisah walau punya la ramai manusia...makan tetap makan...
 

Seronok tengok orang bersukaneka...kita tengok je...


Tak join sukaneka...tapi hadiah boleh share ek Cik Emy & En. NR...






Selesai telematch, acara makan-makan lagi...lunch la plak!

 
Lepas makan...masa untuk main air...tetap mandi walau hujan lebat






MJ 4/11/2012

Sunday, 26 August 2012

Dulu... & Kini...


 Dulu...Raya tahun 2011

Kini...Raya tahun 2012


















26/8/2012 MJ

Saturday, 21 July 2012

Selamat Berpuasa Sebulan Ramadan








21/7/2012 MJ  (1 Ramadan 1433)

Thursday, 7 June 2012

Undangan Perkahwinan


Sekitar majlis perkahwinan Faiq & Sheda pada 3 June 2012 di Melaka.

Sampai je di majlis, pengantin sedang sibuk melayan tetamu
 
Selepas jumpa pengantin, kami anak beranak terus ke acara wajib...apalagi kalau bukan makannn...
                                              
Ramai juga tetamu yang datang...termasuk le kawan-kawan sekilang...
Tak lupa bergambar dengan pengantin sebagai kenang-kenangan.
Terima kasih pada Faiq & Sheda sekeluarga...
Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat...Amin.


 3/6/2012 MJ

Sunday, 27 May 2012

Cinta Kenangan Silam


8 tahun yang lepas...

    Caca                           Angah                      Kakak


Suatu masa yang tak mungkin kembali... 




Ehhh...3 Syed ni pun enterframe jugak!!! Layannnn

27/5/2012 MJ