Ni ha...Pemandangan malam menerusi bot persiaran di Melaka
Asalnya, tak dirancang pun agenda menaikki bot ni, tapi kuasa Allah SWT menjadi penyebab tercapainya impian nak naik bot. Tahun lepas datang tapi disebabkan terlalu ramainya orang beratur sampai habis tempoh operasi pun tak dapat naik...kali ni, ha pilihlah nak naik bot mana satu....
So gerak awal dari rumah, kita semua sembahyang Maghrib di Masjid Al'Azim, Melaka. Memang selesa betul sembahyang kat masjid ni...Lepas Solat Maghrib, terus bergerak ke destinasi, bot persiaran Sungai Melaka. Ni ha...semua bersemangat nak naik bot ....
Yeah....tiket dah dalam gengaman..Jom kita serbu
Ha..Eman dah tak sabor dah..Darwis pulak jeling tengok mana bot nye..
Ha si dara kecil ni pun dah excited dah..mana botnya ni bu?..lama sangat ke pemandu bot tu berwirid ye??
Tengok si Zahin...makin ligat dia berlari nak naik bot...hhmmmm...
Yeah...kita yang paling depan sekali ni...
Mari kita posing sebelum naik bot...
Ha tengok, betapa tangkap lentok si zahin, tak sabor nak naik bot...
Jom..kita naik bot. Ni tengah atas jeti nak naik bot...
Ha..duduk jer memasing dah tak sabor nak jadi nakhoda bagi arahan suruh bot jalan cepat.
Yang ni episod...ceritalah sendiri
Ha..tengok begitu teruja melambai, asal ada je bot lalu diaorang lambai, sampai ada orang jalan kaki kat tepi sungai pun dia orang pergi lambai...
Fuh...besar sungguh cabaran nak 'manage' si Zahin ni..sudahnya kena dokong degan ibu dia...tu tengah buat muka kesian nak mintak turun...comelnya dia ye...
Yang ini bunga-bunga sedang kembang di taman...
tak lekang dengan aksi dua jari tu...hmm....
Yang ini, waktu bateri level tengah masih tinggi lagi...seronok sakan ye Darwis..
Ha..ni salah satu pemandangan yang menarik...ada kincir air, dibelakangnya kita boleh nampak Menara Taming Sari....
Yea...mari berposing, nanti masuk dalam blog...
Si ibu dan anak-anak tengah memeriahkan suasana dalam bot yang dah semakin senyap..Bukannya apa sebab dah mula penat berdiri dan dah nak tamat pelayaran malam.
Ewahh...si abang masih bertenaga, baterri level si adik dah mula weak...sian dia
Ha..ini salah satu pemandangan malam yang ada..
Terlalu seronok sampai terlupa nak snap gambo Kampung Morten....
Yang anak dah penat berdiri dan menjerit, pasal tu tukar topik main game, lagi pun ni time bot dah buat U-turn nak balik ke jeti......
Ha...akhirnya kita kena bagi peluang untuk pemandu bot ni masuk dalam blog ni..Amacam..cuba teka yang mana satu pemandu bot, yang mana satu penumpangnya..
Haa...jangan salah teka tau....!!!
Ni ha rupa budak cerdik nie...tak habis habis bateri dia...
pantang letak, dia berlari..Zahin zahin...
Yang ni, semuanya dah lepak...perut pulak mula main lagu keroncong lapar perut...
Tapi kan, kalau agak-agak nampak bot macam nak karam, sapa yang tak pandai berenang kena cari jalan selamatkan diri, sebabnya satu bot boleh naik 40 orang, tapi life jaket dia..ni haa...adala dalam 14 helai, lepas tu dia selit kat atas bumbung bot. Agak-agak kalau emergency ada orang nampak ke kat mana life jacket..Safety briefing pun tak de, tak macam naik kapalterbang, ada cik pramugari bagi presentation...
Tapi kan agak-agak kalau ada buat camtu, lagi penuh memanjang rasenya bot ni...
Apa-apa pun...memang syok naik bot ni..cuma rasa macam sekejap sangat..