Wednesday 16 October 2013

Petai...oh petai...!

 Inilah pokok petai yang susah sangat nak mengeluarkan hasil.  Tiba-tiba, petai ni berbuah...Jom kita tengok perkembangan pokok petai ni...

 
MJ 16/10/2013

ROS JEPUN

 
Mari tengok ros jepun yang ditanam di rumah 'Tok Mak'.  Sangat cantik...makin siang makin kembang...pokok yang mudah ditanam..dimana-mana aje boleh hidup.

Mula kenal dengan ros jepun ni bila singgah ke rumah Semua Menjadi. Hajat hati nak jugak tanam kat pasu dan gantung...mesti cantikkan...?  Tapi entah bila...mmmmmm...

 
 
 
 
 
 

 
 
 

MJ 13/10/2013

Wednesday 14 August 2013

Indahnya Sungguh di Hari Raya...

 Anak-anak antara orang yang paling gembira bila sambut raya
 

Selain dari dapat duit raya...dapat makan durian juga; terima kasih kat Tok Bah...
 



Ayah & ibu tumpang sekaki juga...dapat limau dan terung...
 




 

MJ 14/08/2013

Tuesday 11 June 2013


Jambunyer....

 
Tajuk ini tiada kena mengena dengan adik2, kakak2 atau makcik2.
Ini adalah entry khas untuk pokok jambu air yang telah menghasilkan buahnya untuk kali yang ke 2.  Sebelum ini berbuah tapi hasil tak memuaskan, tapi kali ini berbuah cantik dan manis...tak sampai seminggu buah atas pokok dah licin...bukan setakat orang...burung pun suka makan buah jambu ni...
 



 

 
MJ 11/6/2013

Wednesday 5 June 2013

HANTAR ANGAH KE MOTIVASI ALIHAN PELAJAR (MAP)

Kursus ni Motivasi untuk para pelajar, anjuran Dr Tengku Asmadi

Rupa orang yang kena hantar kursus motivasi
Kursus ni, lepas hantar ibu bapa dah tak boleh join sekaki, pendaftaran pun anak kena buat sendiri, bagus untuk kendiri...mak bapak terus jer angkat kaki...
Antara pengiring untuk menjemput dipenghujung hari pertama kursus..
Yang paling saya suka pasal MPC Bandar Baru UDA, JB ni adalah...
Taman Tema Mini nya...tapi ikan keli besar dah takde,
mungkin dah selamat jadi hidangan asam pedas kot
Pandangan sisi...
Ikannya semua besar-besar dan jinak, letak jer tangan kat permukaan air, ikan tu akan datang dekat ingatkan kita nak bagi makan..
Geram tengok banyak ikan besar-besar kat sini
Tu dia banyaknye ikan..

Rasa macam kena terapi ikan pulak bila ke sini..
Ni upacara makan terakhir kursus sebelum majlis penutup
Mukadimah acara penutup
Majlis penutup, bersemangat semua dengan azam memasing...
Dr Tengku Asmadi tengah berucap..
 

Akhir kata semoga semua pelajar akan mendapat manfaat, banyak ibu bapa dah melabur. Untuk kursus ni jer RM300 yuran dia. Mudah-mudahan semuanya berjaya di dunia & akhirat. Dan semua menjadi insan yang berguna, AMIN.


NR, 02 Jun 2013