Tuesday 11 June 2013


Jambunyer....

 
Tajuk ini tiada kena mengena dengan adik2, kakak2 atau makcik2.
Ini adalah entry khas untuk pokok jambu air yang telah menghasilkan buahnya untuk kali yang ke 2.  Sebelum ini berbuah tapi hasil tak memuaskan, tapi kali ini berbuah cantik dan manis...tak sampai seminggu buah atas pokok dah licin...bukan setakat orang...burung pun suka makan buah jambu ni...
 



 

 
MJ 11/6/2013

Wednesday 5 June 2013

HANTAR ANGAH KE MOTIVASI ALIHAN PELAJAR (MAP)

Kursus ni Motivasi untuk para pelajar, anjuran Dr Tengku Asmadi

Rupa orang yang kena hantar kursus motivasi
Kursus ni, lepas hantar ibu bapa dah tak boleh join sekaki, pendaftaran pun anak kena buat sendiri, bagus untuk kendiri...mak bapak terus jer angkat kaki...
Antara pengiring untuk menjemput dipenghujung hari pertama kursus..
Yang paling saya suka pasal MPC Bandar Baru UDA, JB ni adalah...
Taman Tema Mini nya...tapi ikan keli besar dah takde,
mungkin dah selamat jadi hidangan asam pedas kot
Pandangan sisi...
Ikannya semua besar-besar dan jinak, letak jer tangan kat permukaan air, ikan tu akan datang dekat ingatkan kita nak bagi makan..
Geram tengok banyak ikan besar-besar kat sini
Tu dia banyaknye ikan..

Rasa macam kena terapi ikan pulak bila ke sini..
Ni upacara makan terakhir kursus sebelum majlis penutup
Mukadimah acara penutup
Majlis penutup, bersemangat semua dengan azam memasing...
Dr Tengku Asmadi tengah berucap..
 

Akhir kata semoga semua pelajar akan mendapat manfaat, banyak ibu bapa dah melabur. Untuk kursus ni jer RM300 yuran dia. Mudah-mudahan semuanya berjaya di dunia & akhirat. Dan semua menjadi insan yang berguna, AMIN.


NR, 02 Jun 2013

TREASURE HUNTING - MARI MENCARI BUAH GAJUS DAN MEMETIK PUCUK GAJUS

Kali ni, kisah pencarian pucuk Gajus...Ha..pernah tengok buah gajus secara live tak?.....sekarang dah payah nak jumpa kan!!

Treasure Hunt bermula dengan permulaan perjalanan dari pusat pelepasan, Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang - Lebuhraya Senai Desaru - Jalan Tg Balau ke Sedili....

Pemandangan yang sangat menarik, sekarang payah nak jumpa
Lokasinya adalah antara Tg Balau & Tanjung Buluh, Sedili
Tengok pemandangan Laut Cina Selatan, terasa amat indah sekali
 Ni pemandangan boleh dilihat dari dalam kereta..
Boleh nampak perbezaan ketara warna kedalaman lautnya Laut Cina Selatan
Tengok betapa indahnya pemandangan ciptaan Allah SWT..kat sini pantainya masih belum terdedah dengan aspek pencemaran...
Selepas tu,tibalah di kawasan Pantai Tanjung Buluh, Sedili
Kawasan pantai ini masih kurang dikenali pengunjung luar...Keadaanya walau macam manapun ada kesan limpahan paya bakau..pasirnya agak hitam...
Cuma kalau nak mandi kat sini kena bawa bekalan air bersih sendiri sebab tempat mandiannya tak berapa perfect...faham-faham ajela...
Lepas dari Tanjung Buluh, kita sampai kedestinasi di Sedili untuk
"Treasure Hunt" tak rasmi hari ini...
Mencari Buah & Pucuk Gajus...Ha rupa buah Gajus adalah...
Dan ini pula rupa putik dan bunga gajus..
 Yang ini bunga buah Gajus...
Lepas tu upacara memetik pucuk Gajus, sebab nak cuba dibuat sayur lemak..
Katanya sedap sangat kalau dimasak sayur..
Yang ini tukang petiknya....berjaya jugak cari pucuk gajus ni ye...
Lepas tu merayau kat kawasan Kg Tuan Seh...ada banyak kat tepi jalan..
tapi awas jangan salah petik ye...
Untuk makluman, Buah Gajus dan pucuknya ada bau harum..Kalau petik tapi tak berbau harum(lebihkurang macam bau mangga), maknanya pokok hutan bukannya gajus.
Ha yang kat hujung tu la pucuknya..macam petik pucuk ubi la caranya... 
Yang ni adalah rupa anak pokok gajus..sedang dalam percubaan untuk pemindahan ke tapak semaian tepi rumah

Ha lepas tercapai hajat tu..dalam perjalanan balik, kita singgah pulak tengok pemandangan
Tengok pemandangan Laut Cina Selatan..cantiknya...Subhanallah
Pemandangan ni boleh nampak dari tepi jalanraya...
Pandangan jauh...
Bila zoom nampak macam ni...
Tapi yang paling penting adalah "Treasure Hunt" hari ni berjaya mencapai obtektifnya..
Iaitu buah Gajus...
Untuk peringatan, buah Gajus ni kalau masak dia berwarna merah macam jambu air, tapi rasany kelat bukannya manis ye..jadi jangan nak menggatal pergi baham buah tu...
 
 
Sampek ketemu maneh yo....Assalamualaikum....
 
NR, 1hb Jun 2013

Monday 3 June 2013

BERSIAR SIAR DI ZOO MELAKA

Sessi melawat Zoo Melaka

Ni pulak, sessi melawat Zoo Melaka, sebagai menunaikan permintaan anak-anak...
Masuk jer dalam Zoo, ini la dia punya signboardnya...
Ni kena menapak ni, baru boleh tengok semua...
Cuba teka ni makhluk apa nie...
Ni ha..anak dara comel ini tengok bukan main bergaya lagi dia nie...
Ni kuda padi, mula-mulanya takut konon...tapi kalau dapat tunggang lagi best ni..
 Ni seladang ni nasib baik takleh nak buat korban...kalau boleh banyak dagingnya tu...
 Yang ini namanya badak sumbu..
 Jauh beranila...cuba dekat ada brann.....
Yang ini....bukan tapai, tapi tapir...
Ha..si kecik ni tengah refuelling tenaga...budak bertuah....
Memasing tengah tunggu giliran naik kuda...
Gaya caca tunggang kuda...
Yang ini gaya Emyza, tunggang kuda...
Si Darwish dengan ibunya...sihat terus bila naik kuda, hilang demam dia..
 Kakak dan Adik, hai sopan betul bila tunggang kuda ye...
Hai, tula orang suruh buat lain dia pulak pergi gosok Kuda tu...
 Ni salah satu jenis kancil...lupa lak nama dianya
Ini sejenis monyet 'Black & White..."
Yang ni...juga sejenis kancil...tak ingat nama dia...
Yang ini sapa tak kenal...aggresif sungguh burung ni...lapor agaknya, habis dibedal rumput tepi jalan tu bersih dikerjakannya...
Yang ni...harimau bintang...bukannya hari..mau..hujan....
Yang ini harimau jadian..
Yang ni pun sama...
Hok yang se ni...harimau rongak...terus tutup mulut dia...
Ha yang ini...hari...hari hari mau makan je...
Berani sungguh depa peluk sang rimau ye....ni Harimau Maybank kot..
Satu dua lompat....
Ni juru tunjuk arah, kalau sesat tanyalah mereka ya...
 Burung ni...berani sungguh dia dengan manusia ye...dekat betul..takut gak kalu tetiba dia patuk..boleh buta mata tau...
Tak dapat tunggang kuda, dapat tunggang kura-kura gergasi jadilah.. 
Darwish..jeling jealous tu...
Wa...cunnya si Darwish dengan Zahin....
Cepat-cepat..kura-kura dah nak berjalan tu..
Yang ni dah tangkap lentok, tak larat nak jalan dah...
Beruang ni tengah lapar, kesian mereka...kita baling jambu batu habis di makannya..
Ni..salah fokus tapi dah censor sikit...kalau tak nampak anu gajah...heeeee..
SI Darwish tu, bateri dah extremely weak...tu yang dah mula buat muka macam tu ha..
Ni dia gajah yang jinak...semua dah pandai berpsosing...
pasal tu Elephant Ride dah ditutup...
NR, 25 May 2013