Wednesday 5 June 2013

TREASURE HUNTING - MARI MENCARI BUAH GAJUS DAN MEMETIK PUCUK GAJUS

Kali ni, kisah pencarian pucuk Gajus...Ha..pernah tengok buah gajus secara live tak?.....sekarang dah payah nak jumpa kan!!

Treasure Hunt bermula dengan permulaan perjalanan dari pusat pelepasan, Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang - Lebuhraya Senai Desaru - Jalan Tg Balau ke Sedili....

Pemandangan yang sangat menarik, sekarang payah nak jumpa
Lokasinya adalah antara Tg Balau & Tanjung Buluh, Sedili
Tengok pemandangan Laut Cina Selatan, terasa amat indah sekali
 Ni pemandangan boleh dilihat dari dalam kereta..
Boleh nampak perbezaan ketara warna kedalaman lautnya Laut Cina Selatan
Tengok betapa indahnya pemandangan ciptaan Allah SWT..kat sini pantainya masih belum terdedah dengan aspek pencemaran...
Selepas tu,tibalah di kawasan Pantai Tanjung Buluh, Sedili
Kawasan pantai ini masih kurang dikenali pengunjung luar...Keadaanya walau macam manapun ada kesan limpahan paya bakau..pasirnya agak hitam...
Cuma kalau nak mandi kat sini kena bawa bekalan air bersih sendiri sebab tempat mandiannya tak berapa perfect...faham-faham ajela...
Lepas dari Tanjung Buluh, kita sampai kedestinasi di Sedili untuk
"Treasure Hunt" tak rasmi hari ini...
Mencari Buah & Pucuk Gajus...Ha rupa buah Gajus adalah...
Dan ini pula rupa putik dan bunga gajus..
 Yang ini bunga buah Gajus...
Lepas tu upacara memetik pucuk Gajus, sebab nak cuba dibuat sayur lemak..
Katanya sedap sangat kalau dimasak sayur..
Yang ini tukang petiknya....berjaya jugak cari pucuk gajus ni ye...
Lepas tu merayau kat kawasan Kg Tuan Seh...ada banyak kat tepi jalan..
tapi awas jangan salah petik ye...
Untuk makluman, Buah Gajus dan pucuknya ada bau harum..Kalau petik tapi tak berbau harum(lebihkurang macam bau mangga), maknanya pokok hutan bukannya gajus.
Ha yang kat hujung tu la pucuknya..macam petik pucuk ubi la caranya... 
Yang ni adalah rupa anak pokok gajus..sedang dalam percubaan untuk pemindahan ke tapak semaian tepi rumah

Ha lepas tercapai hajat tu..dalam perjalanan balik, kita singgah pulak tengok pemandangan
Tengok pemandangan Laut Cina Selatan..cantiknya...Subhanallah
Pemandangan ni boleh nampak dari tepi jalanraya...
Pandangan jauh...
Bila zoom nampak macam ni...
Tapi yang paling penting adalah "Treasure Hunt" hari ni berjaya mencapai obtektifnya..
Iaitu buah Gajus...
Untuk peringatan, buah Gajus ni kalau masak dia berwarna merah macam jambu air, tapi rasany kelat bukannya manis ye..jadi jangan nak menggatal pergi baham buah tu...
 
 
Sampek ketemu maneh yo....Assalamualaikum....
 
NR, 1hb Jun 2013

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.